Negara asing mula hantar bantuan ke Turkiye

Anggota penyelamat mencari mangsa yang terperangkap di bandar Sanliurfa selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud landa Turkiye. - Foto AFP
Anggota penyelamat mencari mangsa yang terperangkap di bandar Sanliurfa selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud landa Turkiye. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - India menjadi negara terbaharu yang menawarkan bantuan pasukan penyelamat ke Turkiye selepas gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud yang kini telah mengorbankan lebih 500 orang.

Langkah tersebut dibuat selepas beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) menawarkan bantuan sama di kawasan terjejas teruk sejurus Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengalu-alukan bantuan antarabangsa.

"Pasukan Mencari dan Menyelamat dari Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) dan Pasukan Perubatan serta peralatan bantuan akan dihantar serta-merta dengan penyelarasan dengan Turkiye," kata Kementerian Luar India.

Dua pasukan NDRF terdiri 100 anggota dengan dibantu skuad anjing serta peralatan telah bersedia diterbangkan ke kawasan terjejas selain pembabitan doktor terlatih dengan dilengkapi ubat-ubatan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan takziah dan menyatakan beliau sangat sedih apabila sekurangnya-kurangnya 1,200 orang terkorban akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria.

"Ucapan takziah dari saya kepada keluarga mangsa. Kami berkongsi kesedihan rakyat Syria dan bersedia memberikan bantuan dan sokongan dalam masa yang sukar ini," kata Modi menerusi ciapan di Twitter. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi 7.4 skala richter landa wilayah selatan Turkiye

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi Turkiye: 76 maut, 440 cedera

ARTIKEL BERKAITAN: 100 maut gempa bumi di Syria

ARTIKEL BERKAITAN: Angka korban gempa bumi di Turkiye, Syria meningkat

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Turkiye

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi: Malaysia rakam takziah, simpati kepada Turkiye

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!