Angka korban akibat gempa bumi di Turkiye meningkat 1,498

Angka korban akibat gempa bumi Turkiye meningkat kepada 1,498 orang. - Foto EPA
Angka korban akibat gempa bumi Turkiye meningkat kepada 1,498 orang. - Foto EPA
A
A
A

MOSCOW - Angka korban akibat gempa bumi Turkiye meningkat kepada 1,498, lapor Sputnik, memetik kenyataan ketua Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), Yunus Sezer.

"Setakat ini, jumlah kematian ialah 1,498 orang, manakala 8,533 lagi cedera dan 2,834 bangunan dilaporkan musnah," kata Sezer kepada pemberita.

Sebelum ini, AFAD melaporkan sebanyak 1,121 kematian.

Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda tenggara Turkiye pada pagi Isnin.

Kerosakan turut dilaporkan di beberapa wilayah di Syria, manakala gegaran turut dirasai di ibu kota Lubnan, Beirut.

Di Syria, angka kematian kini melebihi 400 orang, manakala 1,300 lagi cedera. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!