Gempa bumi Turkiye: Korea Selatan turut salur bantuan AS$5 juta
SEOUL - Korea Selatan merancang menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$5 juta kepada Turkiye serta menghantar lebih 60 anggota penyelamat bagi membantu misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi, lapor Yonhap.
Pihaknya juga akan menghantar bekalan perubatan menggunakan pesawat pengangkut tentera, menurut jurucakap kementerian, Luar Lim Soo-suk ketika taklimat media.
Terdahulu, Presiden Yoon Suk Yeol mengarahkan kerajaan supaya segera menghantar pasukan penyelamat dan bekalan perubatan ke negara itu.
Menteri Luar, Park Jin memberitahu Murat Tamer, duta Turkiye ke Korea Selatan bahawa pihaknya berjanji memberikan sokongan aktif kepada negara yang dilanda gempa bumi itu.
Tentera Korea Selatan sedang mempertimbangkan untuk menghantar pesawat pengangkut KC-330 ke sana, kata agensi yang memetik pegawai pertahanan.
Pesawat itu pernah digunakan dalam operasi bantuan kemanusiaan kecemasan lalu, termasuk misi kemanusiaan pada 2021 untuk memindahkan hampir 400 orang ke Korea Selatan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!