'Bayi ajaib' lahir di bawah runtuhan bangunan di Turkiye
ALEPPO - Sebuah rakaman memaparkan kelahiran 'bayi ajaib' ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan di Turkiye dan Syria.
Klip tersebut yang menjadi tular jelas menunjukkan seorang lelaki membawa bayi dari celah-celah runtuhan dipercayai di sebuah kawasan di Aleppo.
"Bayi lelaki itu terselamat, namun ibunya yang melahirkannya di bawah struktur yang runtuh disahkan meninggal dunia," menurut kapsyen di Twitter.
Beberapa pihak melihat kelahiran bayi tersebut seakan-akan membawa harapan baharu untuk keadaan menjadi lebih baik selepas tragedi gempa dahsyat itu.
Dalam perkembangan lain, satu lagi gempa dengan kekuatan 5.9 skala Richter direkodkan pada Selasa, sehari selepas tiga gempa kuat menggegar Turkiye dan Syria. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!