Koleksi Star Wars dijual RM3.19 juta
PENNSYLVANIA - Koleksi lebih daripada 400 mainan Star Wars yang masih dalam bungkusan asal dijual dengan harga £622,000 (RM3.19 juta), lapor The Sun.
Mainan tersebut disimpan dalam sebuah almari selama 45 tahun termasuk lima figura Luke Skywalker yang jarang ditemui berserta pedang cahaya teleskopik berkembar.
Difahamkan, senjata awal watak Star Wars, Jedi itu kemudiannya digantikan dengan plastik teleskopik oleh pengeluar barang mainan, Kenner kerana pembuatannya amat rumit.
Salah satu daripadanya dijual dengan harga £34,680 (RM179,267) dalam acara lelongan di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).
Terdapat lapan figura Boba Fett di mana setiap satu dijual £10,898 (RM56,329).
Manakala kotak tidak dibuka mengandungi 24 figura Yoda dijual £18,360 (RM94,913).
Penjual yang kini berusia 70-an dikatakan membeli berbilang barangan itu secara terus daripada syarikat Kenner untuk diberikan kepada anak-anaknya dengan sebahagiannya disimpan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!