Pelan Tindakan Kecemasan Gempa Bumi Turkiye diaktifkan

Orang ramai berteduh di bangunan negeri berikutan gempa bumi di Diyarbakir, Turkiye. - Foto EPA
Orang ramai berteduh di bangunan negeri berikutan gempa bumi di Diyarbakir, Turkiye. - Foto EPA
A
A
A

SHAH ALAM - Pelan Tindakan Kecemasan Gempa Bumi Turkiye 2023 yang diaktifkan Mercy Malaysia memberi tumpuan kepada bantuan perubatan kepada mangsa yang terjejas.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, MERCY Malaysia sudah menghantar pasukan peninjau bagi menjalankan penilaian keperluan dan bantuan perubatan untuk penempatan pasukan seterusnya.

“Misi pertama ialah memulihkan kesan trauma menerusi perkhidmatan perubatan dan psikososial.

“Di samping itu, MERCY Malaysia akan menyediakan bekalan perubatan untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, pelan tindakan kecemasan termasuklah meningkatkan sokongan kesihatan termasuk langkah kecemasan kesihatan awam untuk membendung wabak penyakit dan meningkatkan kawalan pencegahan jangkitan.

“Ini termasuklah memberikan perkhidmatan kesihatan awam, perubatan dan bekalan perubatan selain perkhidmatan sokongan kesihatan mental, air, sanitasi dan kebersihan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!