[VIDEO] Jangan politikkan tuntutan pengeluaran KWSP
SHAH ALAM - Isu tuntutan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Presiden Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia, Jannahtul Ain Jaafar berkata, pihaknya juga tidak mahu mendengar ahli politik mengambil kesempatan terhadap tuntutan rakyat ini.
"Yang bangkitkan isu ini sejak dari dulu lagi adalah saya sendiri tiada mana-mana politik yang menyuarakan.
"Sewaktu kita mendesak kerajaan di media sosial tahun lepas kebetulan pula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bubarkan Parlimen," katanya ketika Wacana Sinar siri 383 ‘KWSP 2.0: Tak beri, merajukkah rakyat?’ yang disiarkan d isemua platform Sinar Harian pada Selasa.
Turut menjadi panel Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung; Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid dengan program dihoskan oleh Ismail Adnan.
Malah katanya, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada masa kempen turut menyuarakan tuntutan bersasar.
“Banyak orang anggap ia manifesto daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tapi sebenarnya kami yang menyuarakan tentang pengeluaran khas ini.
“Sebab kami yang turun ke lapangan dan kami dengan sendiri dengar keluhan dan rintihan mereka,” katanya.
Tambahnya, soal kebajikan rakyat ini kalau boleh pihaknya berharap Kerajaan Perpaduan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menjalankan tugasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!