Penjaga gol Turkiye mangsa korban gempa bumi

No Image Caption
A
A
A

PENJAGA gol Turkiye, Ahmet Eyup Turkaslan disahkan telah meninggal dunia berikutan gempa bumi yang melanda negara itu pada Isnin.

Lebih 5,000 orang telah meninggal dunia di Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi itu.

"Penjaga gol kami, Ahmet Eyup Turkaslan meninngal dunia di bawah runtuhan gempa bumi. Rehatlah dengan tenang.

"Kami tidak akan melupakan anda, seorang yang sangat baik," menurut kelab Turkaslan, Yeni Malatyaspor di laman Twitter mereka.

Turkaslan, 28, bermain enam kali untuk kelab divisyen dua Turki Yeni Malatyaspor selepas menyertai kelab itu pada 2021.

Bekas pemain sayap Crystal Palace dan Everton Yannick Bolasie, yang kini bermain untuk pasukan divisyen dua Turkiye, Caykur Rizespor, berkata di Twitter: "RIP saudara Eyup Ahmet Turkaslan.

"Sekejap anda boleh melihat seseorang di ruang istirahat, pada saat berikutnya mereka tiada."

Bolasie menambah: "Takziah saya ucapkan kepada semua keluarga dan rakan sepasukannya di Yeni Malatyaspor. Mendukacitakan mendengar dan berharap kami semua dapat terus membantu semua orang yang memerlukan."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!