Anwar ucap selamat bertugas buat pasukan SMART di Turkiye
Menerusi catatan di Facebook, beliau turut mendoakan semoga usaha pasukan berkenaan dipermudahkan.
Pada Selasa, pasukan berkenaan yang dianggotai anggota SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) selamat tiba di Turkiye pada 11 pagi (waktu Malaysia) bagi menyertai misi SAR di wilayah terjejas bencana gempa bumi.
Pada awal pagi Isnin, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda daerah Pazarcik di wilayah Kahrananmaras dan menggegarkan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adiyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay serta Kilis.
Menurut laporan media, setakat Selasa tragedi itu telah meragut lebih 5,000 nyawa di Turkiye dan Syria. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!