Lelaki Australia selamatkan kambing menyerupai unikorn
ADELAIDE - AUSTRALIA . Seorang lelaki warga Australia menggunakan dua kotak bir sebagai pertukaran untuk menyelamatkan seekor 'unikorn' daripada disembelih.
Michael Foster yang merupakan seorang ejen haiwan ternakan, sedang meninjau sekumpulan kambing apabila dia terlihat Joey, seekor kambing unik yang memiliki tanduk di tengah kepalanya mirip seperti unikorn.
"Pada mulanya saya menyangka ia satu gurauan kerana ia kelihatan seperti seekor unikorn.
"Saya telah menjadi seorang ejen haiwan ternakan selama enam tahun dan ini kali pertama saya melihat sesuatu seperti ini," kata Foster.
Foster berhasrat membawa Joey ke Hollywood dan mempromosi haiwan terbabit bagi tujuan komersil. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!