Perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, meriah penuh kesederhanaan
![Tengku Mahkota Kelantan selamat dinikahkan dengan Cik Puan Sofie -FOTO: ISTANA KELANTAN](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/04/20/277320.jpeg)
KOTA BHARU - Istiadat majlis perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra bersama Cik Puan Sofie Louise Johansson berlangsung dengan penuh sederhana, malam tadi.
![Cik Puan Sofie Louise Johansson cantik mengenakan persalinan serba putih selepas upacara akad nikah di di Istana Balai Besar, malam tadi. FOTO: ISTANA KELANTAN](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/04/20/277319.jpeg)
Pasangan mempelai mengenakan persalinan serba putih ketika upacara akad nikah di Istana Balai Besar. Upacara akad nikah itu disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad kira-kira jam 8.30 malam tadi.
![Pasangan pengantin bergambar bersama keluarga pengantin perempuan di Istana Balai Besar, malam tadi.
FOTO: ISTANA KELANTAN](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/04/20/277322.jpeg)
![Upacara memotong kek oleh kedua-dua pasangan di Istana Balai Besar, malam tadi.
FOTO: ISTANA KELANTAN](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/04/20/277321.jpeg)
ARTIKEL BERKAITAN :Tengku Mahkota Kelantan selamat dinikahkan dengan Cik Puan Sofie
ARTIKEL BERKAITAN :Tengku Mahkota Kelantan bakal berkahwin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!