Penolong jurulatih Kelantan FC masuk Islam
PENOLONG jurulatih dan penganalisis video Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk Islam.
Perkara itu dikongsikan laman Facebook TRW Kelantan FC pada Rabu dengan Pol Corpas yang juga berasal dari Sepanyol akan menggunakan nama baharu Islam iaitu Abu Bakar.
"Dia disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan dan turut disaksikan oleh Coach Rezal (Rezal Zambery Yahya), Coach Azli (Azli Mahmood) dan Coach Qus (Qusmaini Noor Rusli).
"Dia akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar," kata kenyataan di laman Facebook TRW Kelantan FC.
Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!