Israel tidak teragak-agak serang Iran
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa Israel bersedia menyerang Iran jika masa depan negara Yahudi itu terancam.
Serangan merujuk kepada serangan secara langsung ke atas Iran atau ke atas sekutu Tehran di Syria dan Lubnan.
"Jika masa depan kami sebagai negara Yahudi terancam, itu adalah garisan merah bagi kami," kata Netanyahu dalam pertemuan dengan media asing.
"Kami akan lakukan apa yang perlu untuk melindungi Israel daripada Iran yang secara terbuka menggesa negara Yahudi dimusnahkan," katanya sambil menyifatkan Tehran sebagai ancaman terbesar Israel. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!