Wanita sarat mengandung diselamatkan selepas 40 jam terperangkap

Nehir Ilkova diselamatkah di Kahramanmaras iaitu pusat gempa berkekuatan 7.8 skala Richter pada Isnin lalu.- Foto Agensi
Nehir Ilkova diselamatkah di Kahramanmaras iaitu pusat gempa berkekuatan 7.8 skala Richter pada Isnin lalu.- Foto Agensi
A
A
A

KAHRAMANMARAS - Seorang wanita sarat mengandung diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan kira-kira 40 jam selepas dua gempa bumi kuat melanda Turkiye.

Nehir Ilkova yang hamil sembilan bulan diselamatkan di Kahramanmaras iaitu pusat gempa berkekuatan 7.8 skala Richter pada Isnin lalu.

Wanita itu kemudian segera dihantar ke hospital oleh pasukan penyelamat yang tiba dari perbandaran Umraniye di Istanbul.

Gempa bumi berpusat di Kahramanmaras itu turut menjejaskan 10 wilayah lain dan negara jiran Syria serta gegarannya dapat dirasai sehingga ke Lubnan dan Cyprus.

Sebelum ini dalam kejadian gempa di Syria, ahli keluarga mengeluarkan bayi perempuan masih bertali pusat dan melekat dengan ibunya yang sudah meninggal dunia dalam tragedi gempa bumi di Aleppo.

Menurut Khalil al-Suwadi, bayi itu adalah satu-satunya keluarga terdekatnya yang terselamat sementara yang lain terbunuh dalam kejadian gempa bumi di bandar Jindires yang dikuasai pemberontak. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!