Adele sudah berpisah: Jaga anak bersama

Penyanyi, Adele
Penyanyi, Adele
A
A
A

PENYANYI terkenal, Adele, 28, kini sudah berpisah dengan suaminya, Simon Konecki selepas lebih tujuh tahun bersama.

Sebagaimana laporan Hollywoodreporter.com, wakil penyanyi Set Fire to the Rain dan Someone Like You, berita rasmi mengenai perkara itu yang dilaporkan oleh Associated Press pada Jumaat, adalah benar.

“Adele dan suami sudah berpisah. Mereka juga akan membesarkan anak tercinta bersama-sama.

“Seperti biasa, mereka mahukan privasi. Jadi akan tiada komen lanjut selepas ini,” kata sumber terdekat Adele, Benny Tarantini dan Carl Fysh.

Pada 2017 Adele mengumumkan berita dia dan Simon sudah berkahwin ketika mengadakan konsert di Brisbane, Australia, pada tahun sama.

Pada Anugerah Grammy 2017, Adele turut mengesahkan sekali lagi tentang perkahwinannya yang sah itu.

Untuk rekod, pasangan itu sudah menyulam cinta sejak 2011.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan anak, Angelo yang berusia 7 tahun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!