Penganggur mengaku tidak bersalah cederakan ibu

Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini pada Khamis atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibunya Isnin lepas. - Gambar hiasan
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini pada Khamis atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibunya Isnin lepas. - Gambar hiasan
A
A
A

JEMPOL - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini pada Khamis atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibunya Isnin lepas.

Tertuduh, S Sathesh Kumar, 25, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh pada 6 Februari kira-kira jam 5.30 pagi, di ruang dapur sebuah rumah di Taman Rasa Sayang, dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas ibunya berusia 50-an.

Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie memohon sebutan semula kes dan Majistret menetapkan 8 Mac ini.

Majistret turut membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin dalam kalangan ahli keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!