Warga emas maut nahas tiga kenderaan

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang warga emas maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 10.4 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan berkaitan kejadian diterima Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kira-kira jam 2.40 petang.

"Motosikal yang ditunggang mangsa berumur 60 tahun melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Proton Waja yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

"Pelanggaran mengakibatkan mangsa tercampak di atas sebuah lagi kenderaan lain jenis Perodua Myvi yang ketika itu bergerak di lorong sebelah kiri," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Seorang warga emas maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 10.4 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur di sini pada Khamis.
Seorang warga emas maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 10.4 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Katanya, mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke hospital Shah Alam untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.