Tidak lagi perlu pakai pelitup muka
SINGAPURA - Pemakaian pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam dan beberapa kemudahan kesihatan tidak lagi diwajibkan di Singapura bermula Isnin ini.
Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis memaklumkan peraturan itu bagaimanapun dikekalkan terhadap pelawat dan staf apabila ada interaksi bersama pesakit serta di kawasan tertutup.
Sejak April 2022, Singapura telah mengekalkan status kuning di bawah Sistem Tindak Balas Wabak Penyakit (DORSCON) dan ia akan beralih kepada hijau bermula minggu depan, sekali gus meletakkan Covid-19 dalam kategori sama seperti Sindrom Pernafasan Asia Barat (Mers) dan selesema burung H7N9.
Difahamkan, langkah pelonggaran itu dibuat setelah kira-kira 80 peratus populasi kini telah mendapat perlindungan minimum dan separuh penduduk sudah menerima vaksinasi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!