Lebih 20,000 peniaga terima manfaat PLATS
SHAH ALAM - Seramai 20,271 peniaga menerima manfaat menerusi inisiatif Platform Selangor (PLATS) sejak dilancarkan pada 2020.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, PLATS adalah platform promosi dan direktori digital menggerakkan ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro terutama penjaja dan peruncit di Selangor.
“Seramai 20,271 peniaga menerima manfaat sejak pelancaran dan PLATS telah melebarkan pasaran produk para peniaga untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan serta menggandakan jualan.
“Peningkatan penyertaan membuktikan keberkesanannya. Agenda digitalisasi Selangor sentiasa berkembang,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.
Media sebelum ini melaporkan PLATS diperkenal di negeri ini pada Ramadan 2020 bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital.
Pelancaran PLATS siri 2.0 pula dilancarkan pada 11 April 2021 dan kemudiannya diteruskan pada April tahun lalu dengan PLATS 3.0 yang turut melibatkan kerjasama Rakan Digital Selangor (RDS).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!