Gempa bumi Turkiye, Syria: Bantuan kemanusiaan USAID AS$85 juta
WASHIGNTON - Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) akan menyediakan bantuan kemanusiaan segera berjumlah AS$85 juta untuk disalurkan kepada Turkiye dan Syria susulan bencana gempa bumi yang melanda negara berkenaan.
"USAID menyediakan makanan dan tempat perlindungan, bekalan untuk musim sejuk, perkhidmatan penjagaan kesihatan kritikal, air minuman yang bersih dan sanitasi," menurut kenyataan agensi itu, lapor Anadolu.
Selain itu, menurut USAID seramai 200 orang termasuk pakar bencana serta 159 anggota misi mencari dan menyelamat dan 12 anjing pengesan sudah tiba di Turkiye.
Sekurang-kurangnya 17,674 orang terbunuh dan 72,879 lagi cedera akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye awal minggu ini, kata Menteri Kesihatan Turkiye Fahrettin Koca pada Khamis.
Dua gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di wilayah Kahramanmaras melanda pada Isnin dan gegarannya dirasai oleh 13 juta orang di 10 wilayah termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.
Gegaran turut dirasai beberapa negara di rantau itu termasuk Syria dan Lubnan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!