Kuala Langat ada potensi jadi hub nanas

Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris menyampaikan plak penghargaan kepada Dr Xavier pada Program Pembangunan Hub Nanas Kuala Langat di Balai MPKK, Batu 10 Kebun Baharu, Telok Panglima Garang, pagi tadi.
Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris menyampaikan plak penghargaan kepada Dr Xavier pada Program Pembangunan Hub Nanas Kuala Langat di Balai MPKK, Batu 10 Kebun Baharu, Telok Panglima Garang, pagi tadi.
A
A
A

KUALA LANGAT - Kuala Langat berpontesi menjadi hub nanas di negeri ini bersandarkan gerak kerja dilakukan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia selain pelbagai program akar umbi, bantuan dan khidmat nasihat yang telah diberikan kepada pengusaha tanaman sejak sekian lama.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, nanas merupakan industri makanan yang berdaya maju, dengan kedudukan ketiga dalam senarai buah-buahan utama negara selepas durian dan pisang, sudah pasti ia membuka banyak peluang dan ruang untuk peningkatan pendapatan rakyat khususnya pengusaha kecil.

Katanya, penghasilan produk seperti kertas, kraftangan dan pelbagai produk sampingan lain yang menggunakan daun nanas sebagai bahan asas menunjukkan industri tanaman nanas berpotensi dikembangkan sepenuhnya.

Dr Xavier ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Program Pembangunan Hub Nanas Kuala Langat di Balai MPKK, Batu 10 Kebun Baharu, Telok Panglima Garang, pagi tadi.
Dr Xavier ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Program Pembangunan Hub Nanas Kuala Langat di Balai MPKK, Batu 10 Kebun Baharu, Telok Panglima Garang, pagi tadi.

Justeru, katanya gabungan semua agensi kerajaan terutama melibatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu supaya pembangunan tanaman nanas dapat dibangunkan secara menyeluruh.

“Saya berbesar hati melihat pengelibatan semua agensi kerajaan termasuk Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Jabatan Pertanian, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat dalam program pembangunan nanas di kawasan Kuala Langat ini.

“Jika dulu kita biasa dengar buah nanas hanya digunakan sama ada untuk tujuan masakan atau dimakan segar, namun pada hari ini, pelbagai produk keluaran dapat dihasilkan dengan menggunakan daun nanas sebagai bahan asas.

“Syabas dan tahniah atas usaha penyelidik dari UPM dan UTHM yang berusaha membangunkan kajian dan menjalankan program pembangunan berkenaan di daerah ini,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Program Pembangunan Hub Nanas Kuala Langat di Balai MPKK, Batu 10 Kebun Baharu, Telok Panglima Garang, pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Kuala Langat itu berkata, beliau sentiasa menyokong gerak kerja dilakukan agensi terlibat dan berharap ia ditambah baik dari semasa ke semasa terutama berkaitan dengan modal insan dan pembangunan ekonomi menyeluruh.

Katanya, ketika ini seramai 72 peserta berdaftar dalam Program Pembangunan Hub Nanas Kuala Langat melibatkan keluasan tanah seluas 29.6 hektar.

Kuala Langat berpontesi menjadi hub nanas di negeri ini.
Kuala Langat berpontesi menjadi hub nanas di negeri ini.

Beliau yakin dengan kerjasama dan strategi pihak terlibat, kadar keluasan tanaman, bilangan pengusaha serta kadar pengeluaran nanas akan bertambah pada masa hadapan.

Katanya, strategi berkesan seperti latihan, penyelarasan bantuan, pemasaran dan kajian produk baru, harus dilakukan bahkan dilipat ganda.

“Sebagai contoh, program tanaman nanas premium jenis MD2 untuk pasaran premium mampu hasilkan pulangan lumayan kerana variasi ini mempunyai permintaan yang tinggi dan bekalannya tidak mencukupi di pasaran tempatan. Ia juga merupakan jenis buah yang dikelaskan dalam program tanaman sumber kekayaan baru.

“Kawasan persekitaran di daerah ini sesuai untuk jenis nanas berkenaanyang memang sudah terkenal dengan pengeluaran nanas jenis sarawak, gandol dan beberapa variasi yang lain. Strategi lain seperti penghasilan produk pemprosesan seperti pes, jem dan jus nanas juga harus diberikan perhatian,” katanya.

Beliau berkata lagi, jika dirancang dan dilaksana dengan baik, pprogram tersebut mampu memberikan kesan seperti diharapkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!