Wira yang tidak didendang

Sebahagian pelombong yang membantu mencari mangsa gempa bumi di Turkiye. - AFP
Sebahagian pelombong yang membantu mencari mangsa gempa bumi di Turkiye. - AFP
A
A
A

ANTAKYA - Apabila seorang pelombong, Ismail Hakki Kalkan melihat mangsa tertimbus di bawah runtuhan semasa gempa bumi Turkiye, dia bergegas membantu sedaya upaya walaupun tinggal di negara jiran.

Ismail, berpengalaman menjadi pelombong selama lapan tahun berkata, dia mempunyai banyak kepakaran selepas menggali rupa bumi yang kasar memandangkan Turkiye tidak lekang dengan bencana alam.

"Apabila kami menyaksikan apa yang berlaku di televisyen, kami perlu berada di sini dan kami akan datang," kata pelombong dari wilayah Zongulak, Laut Hitam.

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud pada awal pagi Isnin telah mengorbankan 22,000 orang di sepanjang tenggara Turkiye dan sebahagian Syria.

"Hati kami tidak dapat menerima bencana ini," katanya kepada AFP sambil memakai but hitam dan jaket warna mudah dilihat.

Difahamkan, Ismail salah seorang daripada 30 pelombong bertopi keledar putih dan kuning yang berlumuran debu di bandar Antakya yang berusaha mencari mangsa terperangkap bawah runtuhan bangunan.

Dia kini berada di wilayah Hatay, salah satu lokasi terjejas teruk di Turkiye.

Turkiye yang juga salah sebuah negara pengeluar arang batu pernah mengalami bencana perlombongan paling dahsyat pada 2014 dengan 300 orang terkorban di barat Soma.

Akhir tahun lalu, puluhan pelombong maut dalam kejadian sama di Amasra berhampiran Zonguldak. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!