Mahathir tinggalkan Pejuang?

Notis yang tular di media sosial.
Notis yang tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir mengumumkan keluar parti bersama beberapa ahli lain pada Jumaat.

Menerusi satu notis kepada Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah yang tular di media sosial, keputusan itu didakwa dibuat berikutan kecewa dengan tindakan parti tersebut memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

“Bagi kami, matlamat perjuangan GTA adalah untuk menyatupadukan parti-parti Melayu, badan-badan bukan kerajaan dan juga orang perseorangan yang berprinsip serta berpegang kepada perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.

“Di atas kesedaran ini, kami memilih untuk meneruskan perjuangan itu melalui GTA,” katanya.

Turut sama meninggalkan parti itu, bekas Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya dan bekas ahli majlis eksekutif pusat, Armin Baniaz Pahamin serta 10 lagi individu lain.

Pada Disember, Mahathir meletakkan jawatannya sebagai pengerusi parti berkenaan.

Beliau bagaimanapun ketika itu masih kekal sebagai ahli parti biasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!