Korban gempa bumi Syria cecah 3,384 orang
ANKARA - Sekurang-kurangnya 3,384 orang terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera di Syria akibat gempa bumi kuat yang berpusat di selatan Türkiye pada Isnin, memetik data pada Khamis.
Sekurang-kurangnya 2,037 orang meninggal dunia dan lebih 2,950 yang lain cedera di barat laut Syria, kawasan yang dikawal oleh pembangkang, menurut data dari Rangkaian Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan Awam Syria dan sumber tempatan lain.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan rejim Syria melaporkan sekurang-kurangnya 1,347 kematian di wilayah Aleppo, Latakia, Hama, dan Tartus dengan 2,295 orang lagi cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan lebih 5,200, lapor Agensi Anadolu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!