Felix dedah punca tinggalkan Atletico Madrid

Felix (kanan) dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan terhadap pertahanan Fulham, Kenny Tete semasa Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London pada 12 Januari lalu. - Foto AFP
Felix (kanan) dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan terhadap pertahanan Fulham, Kenny Tete semasa Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London pada 12 Januari lalu. - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG Portugal, Joao Felix berkata, dia meninggalkan Atletico Madrid untuk menyertai Chelsea secara pinjaman selepas bergelut untuk membiasakan diri dengan gaya permainan gergasi La Liga Sepanyol itu, sambil menambah bahawa falsafah jurulatih Diego Simeone tidak memberi manfaat kepada para pemain.

Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Atletico dari Benfica dengan bayaran rekod kelab sebanyak 126 juta Euro pada 2019, namun bergelut untuk merealisasikan potensinya, menjaringkan 25 gol dalam tiga setengah musim sebelum menyertai Chelsea pada Januari sehingga penghujung musim.

Felix dilayangkan kad merah pada penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris bulan lalu menentang Fulham, mendapat penggantungan tiga perlawanan, namun akan kembali beraksi pada Sabtu menentang West Ham United.

“Saya sudah lama ingin mencari perubahan kerana sukar untuk membiasakan diri dengan cara bermain di Atletico Madrid.

“Saya pergi kerana kepala saya penuh dengan fakta yang saya cuba dan tidak mampu. Ia mesti dalam jendela perpindahan ini dan saya fikir ia bagus untuk Atletico dan juga untuk saya,” kata Felix.

Keupayaan menggelecek dan hantaran Felix mendorong Chelsea membayar 9 juta pound yang dilaporkan untuk menandatanganinya secara pinjaman, namun kemahirannya tidak selalu sepadan dengan Simeone, yang lebih mengutamakan pertahanan berbanding menyerang.

Bagaimanapun Felix mula berhenti daripada mengkritik secara terbuka pengendali dari Argentina tersebut.

“Dia seorang jurulatih yang sangat baik. Dia mempunyai cara memahami dan melihat bola sepak yang tidak dimiliki oleh orang lain. Itu baik untuk sesetengah orang dan buruk untuk orang lain. Ia bergantung kepada setiap orang,” katanya.

Menggambarkan visi Simeone mengenai bola sepak, dia menambah: “Ia pada asasnya untuk menderita di atas padang. Ia adalah untuk menderita, mempunyai peluang dan menjaringkan gol. Itu cara dia bersaing. Ia tidak buruk tetapi ia berbeza dengan jurulatih lain.”

LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (11 FEBRUARI)

West Ham United lwn Chelsea, 8.30 malam

Fulham lwn Nottingham Forest, 11 malam

Leicester City lwn Tottenham Hotspur, 11 malam

Arsenal lwn Brentford, 11 malam

Crystal Palace lwn Brighton, 11 malam

Southampton lwn Wolves, 11 malam

AHAD (12 FEBRUARI)

Bournemouth lwn Newcastle United, 1.30 pagi

Leeds United lwn Manchester United, 10 malam

ISNIN (13 FEBRUARI)

Manchester City lwn Aston Villa, 12.30 pagi

SELASA (14 FEBRUARI)

Liverpool lwn Everton, 4 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!