Tahan sakit enam bulan bimbang jari kena potong

Operasi memotong jari pada jari mangsa. - Foto JBPM KL
Operasi memotong jari pada jari mangsa. - Foto JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas sanggup menahan sakit daripada merawat jari manis tangan kiri yang membengkak kerana bimbang jarinya akan dipotong.

Lelaki berusia 62 tahun itu mengambil ubat tahan sakit sejak enam bulan lalu selepas cincin dipakainya tidak boleh ditanggalkan sehingga menyebabkan jarinya membengkak.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Pegawai Bomba Kanan 11, S Thirugaya berkata, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 7.05 malam semalam dari Hospital Kuala Lumpur bagi membantu memotong cincin tersebut.

"Empat anggota dan seorang pegawai mengambil masa kira-kira satu jam dalam operasi tersebut.

"Mangsa kemudian diserahkan ke hospital itu untuk meneruskan rawatan kecederaan pada jarinya yang bernanah selepas membiarkan dalam keadaan membengkak enam bulan lamanya," katanya.

Operasi memotong jari pada jari mangsa. - Foto JBPM KL
Operasi memotong jari pada jari mangsa. - Foto JBPM KL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!