Jabatan Kesihatan Johor siasat tular jururawat cedera terkena kipas usang

Berita mengenai jururawat tercedera yang menjadi tular di Laman Facebook, sejak malam tadi.
Berita mengenai jururawat tercedera yang menjadi tular di Laman Facebook, sejak malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengesahkan tiada sebarang laporan diterima berhubung kejadian seorang jururawat yang tercedera ketika menjalankan tugas di sebuah sekolah dalam bandar raya ini, semalam.

Menurut Pengarahnya, Dr Selahuddeen Abd Aziz, satu siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti kebenaran berita yang menjadi tular di media sosial terbabit.

"Saya belum terima apa-apa makluman lagi, jadi kita akan siasat dahulu perkara ini. Buat masa ini, saya pun tidak tahu apa yang berlaku.

"Selepas kita sahkan kejadian ini, saya akan berikan kenyataan lain. Jabatan Kesihatan memang memandang serius perkara seperti ini lebih-lebih lagi yang melibatkan keselamatan kakitangan kami," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Kejadian yang menjadi tular di laman sosial Facebook itu, mendakwa seorang jururawat dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah itu tercedera kerana terkena bilah kipas siling yang usang semasa bertugas di sebuah sekolah dalam bandar raya ini.

Bagaimanapun keadaan jururawat itu dikatakan tidak serius dan hanya menerima kecederaan ringan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!