Pasar terapung Pulau Tengah, tarikan baharu di Kelantan
11 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 11 FEBRUARI 2023
Pasar terapung di Pulau Tengah, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan menjadi tarikan pelancongan baharu sekali gus menyaksikan orang ramai tidak lagi perlu ke Thailand untuk merasai suasana tersebut, lapor Wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Pasar terapung yang beroperasi secara rasmi pada Jumaat itu mempunyai 20 buah perahu menyajikan pelbagai menu tempatan kepada pengunjung bermula jam 3 petang hingga 7 malam setiap hari Jumaat dan Sabtu.
Lebih menarik lagi, orang ramai dapat menikmati keindahan alam semulajadi dengan berjalan di atas jeti terapung sepanjang 800 meter.
Muzik: www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian