Air Asia India didenda, juruterbang tak ikut ketetapan latihan

Air Asia India didenda AS3,320 kerana juruterbang tidak jalani latihan seperti yang ditetapkan. - Foto 123RF
Air Asia India didenda AS3,320 kerana juruterbang tidak jalani latihan seperti yang ditetapkan. - Foto 123RF
A
A
A

NEW DELHI - Pengawal selia penerbangan India mengenakan denda 4.4 juta rupee India (AS$53,320) ke atas syarikat penerbangan Air Asia India kerana juruterbang syarikat itu tidak menjalani latihan seperti yang ditetapkan, menurut sumber rasmi pada Sabtu.

Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) mendenda syarikat penerbangan swasta itu kerana melanggar syarat penerbangan awam (CAR) berhubung latihan mandatori juruterbang tidak dilakukan mengikut jadual semasa Pemeriksaan Kecekapan Juruterbang, lapor Xinhua.

Syarikat itu dikenakan penalti dua juta rupee India (AS$24,236) manakala denda 300,000 rupee India (AS$3,635) dikenakan ke atas setiap lapan pemeriksa kerana gagal melaksanakan tugas mereka mengikut CAR DGCA.

Selain itu, pengawal selia penerbangan juga menggantung tugas ketua bahagian latihan syarikat penerbangan swasta itu selama tiga bulan.

DGCA menjalankan pemeriksaan pada 23 hingga 25 November tahun lepas. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!