Suami isteri ditemukan selamat selepas terperangkap 129 jam

Operasi mencari dan menyelamat akibat gempa di Nurda pada Sabtu. - Foto Bernama
Operasi mencari dan menyelamat akibat gempa di Nurda pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

ISTANBUL - Sepasang suami isteri warga Turkiye dari wilayah selatan Adıyaman diselamatkan selepas terperangkap di bawah runtuhan lebih 129 jam, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik badan penyiar negara itu, TRT.

TRT menunjukkan rakaman pasangan suami isteri itu dibawa masuk ke dalam ambulans.

Lelaki itu dilihat melambai ke arah kamera.

Bagaimanapun, tiga anak perempuan mereka dipercayai meninggal dunia dalam bencana gempa bumi kuat yang melanda Turkiye pada Isnin. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!