Spurs perlu ambil pengajaran

Spurs dimalukan di Stadium King Power setelah tumpas 4-1 kepada Leicester City pada Sabtu.
Spurs dimalukan di Stadium King Power setelah tumpas 4-1 kepada Leicester City pada Sabtu.
A
A
A

TONGGAK Tottenham Hotspur, Son Heung-min menegaskan pasukan itu perlu mengambil pengajaran selepas kekalahan besar 1-4 kepada Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Spurs menewaskan Manchester City hujung minggu lalu namun gagal membawa momentum positif itu apabila dimalukan di Stadium King Power.

Rodrigo Bentancur membuka jaringan buat Spurs tetapi tiga gol daripada Nampalys Mendy, James Maddison dan Kelechi Iheanacho pada separuh masa pertama meletakkan Leicester di hadapan.

Harvey Barnes menambah gol keempat pada minit ke-81 untuk memastikan hari malang buat Spurs.

"Kami bermula dengan agak baik dan mencipta peluang. Selepas 1-1 kami melepaskan gol kedua yang pantas dan kemudian ia terbuka. Ia adalah perlawanan yang sukar ketika itu.

"Leicester begitu klinikal, mereka hampir menjaringkan gol dalam setiap peluang. Ia keputusan yang sangat mengecewakan.

"Saya fikir ia sangat menyedihkan. Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar. Dalam Liga Perdana ia tidak pernah satu perlawanan yang mudah.

"​​Ia menunjukkan Liga Perdana mempunyai tahap yang tinggi. Saya tidak tahu apa yang boleh saya katakan, ia adalah sangat mengecewakan," katanya.

Ditanya sama ada rasa berpuas hati adalah punca kekalahan mereka, Son menjawab: "Saya tidak fikir begitu. Kami datang dengan perasaan yang baik selepas menewaskan City.

"Pada minit pertama kami benar-benar melakukannya. Kami harus bersedia dan belajar sesuatu. Hari ini sepatutnya menjadi pengajaran besar untuk kami," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!