PM Kanada arah jet pejuang tembak objek tidak dikenali
TRENTON (Kanada) - Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengarahkan sebuah jet pejuang menembak jatuh objek tidak dikenal pasti yang berada di ruang udara Kanada pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Komando Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (NORAD) -- komando bersama Amerika-Kanada yang ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Amerika Utara, melancarkan sebuah jet pada sebelah petang.
"Saya mengarahkan supaya objek tidak dikenali yang memasuki ruang udara Kanada ditembak," menurut ciapan Trudeau.
@NORADCommand berjaya menembak jatuh objek berkenaan di Yukon.
Trudeau berkata, beliau menghubungi Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengenai tindakan itu.
"Saya bercakap dengan Presiden Biden petang ini. Pasukan Kanada kini akan mendapatkan serpihan objek itu dan menganalisisnya," kata Trudeau.
Insiden itu menandakan objek ketiga yang ditembak jatuh di atas ruang udara Amerika Utara dalam tempoh tujuh hari lalu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!