Protes jalanan terbesar libat ribuan guru di Portugal

Penunjuk perasaan datang dari seluruh negara bagi menunjukkan solidariti dalam tuntutan mereka kepada kerjaya, gaji yang lebih baik dan penghormatan. - Foto AP
Penunjuk perasaan datang dari seluruh negara bagi menunjukkan solidariti dalam tuntutan mereka kepada kerjaya, gaji yang lebih baik dan penghormatan. - Foto AP
A
A
A

LISBON - Ribuan guru di Portugal dan pekerja lain dari sistem pendidikan awam melakukan protest pada Sabtu bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan kerja dan prospek kerjaya mereka.

Menurut penganjur, sekurang-kurangnya 150,000 orang menghadiri protes itu di Lisbon, yang dilihat sebagai salah satu perarakan terbesar merentasi jalan utama ibu kota Portugal.

Penunjuk perasaan datang dari seluruh negara bagi menunjukkan solidariti dalam tuntutan mereka kepada kerjaya, gaji yang lebih baik dan penghormatan.

Sejak November 2022, ribuan pekerja sektor awam pendidikan di negara ini telah mengambil bahagian dalam mogok dan protes yang dianjurkan di seluruh negara.

Hanya beberapa minggu lalu satu lagi perarakan telah mengumpulkan sekurang-kurangnya 80,000 orang.

Perarakan pada Sabtu itu adalah kemuncak ketidakpuasan hati yang semakin meningkat berikutan rundingan gagal antara Kementerian Pendidikan dan kesatuan berkaitan yang mewakili sektor itu. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!