Polis siasat pergaduhan dua pelajar kolej

No Image Caption
A
A
A

LABUAN - Seorang pelajar vokasional di sini menjadikan tasik rekreasi kolejnya sebagai gelanggang tinju manakala rakan-rakannya yang lain hanya mampu melihat menyebabkan seorang lagi pelajar dipukul hingga tidak berdaya.

Pergaduhan pada Khamis lepas itu dirakam oleh seorang pelajar menggunakan telefon pintarnya yang kemudian dipaparkan dalam talian sehingga menjadi tular.

Punca pergaduhan dua pelajar lelaki yang kedua-duanya berumur 16 tahun itu masih tidak dapat dipastikan.

Rakaman video itu menunjukkan seorang pelajar yang memakai seragam kolej hanya melihat pergaduhan itu tanpa cuba untuk meleraikan keadaan. Dia hanya menjadi pihak pendamai selepas serangan terakhir pada lutut pelajar terbabit.

Berikutan pergaduhan yang tular dalam talian itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis hari ini.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad memberitahu Bernama bahawa siasatan kejadian itu sedang dilakukan.

Beliau berkata mangsa berada di balai polis semasa laporan dibuat dan kenyataannya diambil untuk siasatan lanjut.

“Kami masih belum mendapat butiran lengkap kejadian itu daripada pihak berkuasa kolej dan kami ingin menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi rakaman video itu di mana-mana platform media sosial.

Artikel Berkaitan:

“Mangsa telah memberikan kerjasama, kami akan mendapatkan suspek untuk soal siasat,” katanya.- BernamaLABUAN- Seorang pelajar vokasional di sini menjadikan tasik rekreasi kolejnya sebagai gelanggang tinju manakala rakan-rakannya yang lain hanya mampu melihat menyebabkan seorang lagi pelajar dipukul hingga tidak berdaya.

Pergaduhan pada Khamis lepas itu dirakam oleh seorang pelajar menggunakan telefon pintarnya yang kemudian dipaparkan dalam talian sehingga menjadi tular.

Punca pergaduhan dua pelajar lelaki yang kedua-duanya berumur 16 tahun itu masih tidak dapat dipastikan.

Rakaman video itu menunjukkan seorang pelajar yang memakai seragam kolej hanya melihat pergaduhan itu tanpa cuba untuk meleraikan keadaan. Dia hanya menjadi pihak pendamai selepas serangan terakhir pada lutut pelajar terbabit.

Berikutan pergaduhan yang tular dalam talian itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis hari ini.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad memberitahu Bernama bahawa siasatan kejadian itu sedang dilakukan.

Beliau berkata mangsa berada di balai polis semasa laporan dibuat dan kenyataannya diambil untuk siasatan lanjut.

“Kami masih belum mendapat butiran lengkap kejadian itu daripada pihak berkuasa kolej dan kami ingin menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi rakaman video itu di mana-mana platform media sosial.

“Mangsa telah memberikan kerjasama, kami akan mendapatkan suspek untuk soal siasat,” katanya.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!