Liridon sah sertai Terengganu FC

Liridon akan memperkuatkan posisi tengah TFC.
Liridon akan memperkuatkan posisi tengah TFC.
A
A
A

TONGGAK naturalisasi negara, Liridon Krasniqi sah menyertai Terengganu FC (TFC) untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Perkara itu diumumkan TFC dalam laman Facebook rasmi mereka pada Ahad.

"Selamat Datang Liridon Krasniqi," kata hantaran di laman Facebook mereka.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan Liridon menyertai perlawanan pra musim bersama TFC di Thailand.

Pemain berusia 31 tahun itu mencipta nama semasa bersama Kedah dan menjadi tonggak utama memenangi beberapa kejuaraan sejak 2015.

Dia kemudiannya menyertai Melaka United sebelum gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim menyambar khidmatnya pada 2019.

Namun, dia gagal menampilkan persembahan terbaik menyebabkan dipinjamkan kepada beberapa kelab luar negara untuk mengembalikan potensinya.

Pasukan terakhir Liridon adalah Khon Kaen United yang beraksi dalam saingan Liga 1 Thailand.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!