Ustaz Wadi Annuar mohon maaf pada masyarakat India

Siaran media permohonan maaf secara rasmi oleh Ustaz Wadi Annuar pada Ahad.
Siaran media permohonan maaf secara rasmi oleh Ustaz Wadi Annuar pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua masyarakat India beragama Hindu berikutan kenyataannya yang mengandungi sensitiviti agama.

Beliau menjelaskan tidak berniat untuk menghina ataupun menyinggung perasaan mana-mana penganut agama lain.

"Dalam ceramah itu, saya telah menyebut tentang perarakan Thaipusam yang dihadiri sekumpulan orang Melayu Islam dan saya menyatakan ia merupakan kesalahan dalam agama Islam kerana menyertai perayaan agama lain yang berbentuk keagamaan.

"Namun saya terlepas pandang dengan menyebut perkataan mengandungi sensitiviti agama dan ia adalah 'kekhilafan' daripada saya sendiri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau turut menyatakan sangat menghormati semua masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Semoga dengan kenyataan permohonan maaf itu, keharmonian rakyat berbilang kaum di negara kita dapat dicapai," ujarnya.

Permohonan maaf secara rasmi itu susulan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama pada satu ceramah di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka pada Jumaat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!