15 kedai, 5 rumah terjejas banjir di Bukit Tinggi, Janda Baik

Antara premis perniagaan yang terjejas dalam kejadian banjir kilat di Bukit Tinggi pada Ahad.
Antara premis perniagaan yang terjejas dalam kejadian banjir kilat di Bukit Tinggi pada Ahad.
A
A
A

BENTONG - Sebanyak 15 premis perniagaan dan lima rumah dilaporkan terjejas dalam kejadian banjir kilat di kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik di sini pada petang Ahad.

Banjir yang berlaku ekoran hujan lebat kira-kira jam 6.30 petang itu telah surut dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong, Leftenan Pertahanan Awam (PA), Azizah Husain berkata, berdasarkan maklumat awal tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Anggota APM memantau kejadian banjir kilat yang melanda kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik pada Ahad.
Anggota APM memantau kejadian banjir kilat yang melanda kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik pada Ahad.

Menurutnya, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah ke lokasi kejadian untuk pemantauan.

"Beberapa agensi lain turut membantu termasuk polis, bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!