Pakatan Harapan, bawa sinar harapan: Baru Bian

Baru Bian
Baru Bian
A
A
A

KUCHING - Menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang akan meraikan ulang tahun pertama menerajui negara tidak lama lagi, untuk menjadi pembawa sinar harapan, kata Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.

Meskipun pelaksanaan dasar baharu seperti yang dijanjikan dalam menifesto pilihan raya dilihat agak perlahan, beliau sesungguhnya percaya terdapat harapan seperti yang dibuktikan pada 9 Mei tahun lepas apabila PH dipilih oleh rakyat untuk membawa perubahan.

“Kami mempunyai harapan. Dengan tiba-tiba, negara mendapat kerajaan baharu dan membawa bersama mandat baharu serta harapan baharu. Bagi saya secara peribadi, ia membantu saya untuk melihat keadaan yang sedang berlaku di Malaysia.

“Saya amat menyedari tentang cabaran yang kami hadapi selepas mengambil alih daripada kerajaan sebelum ini; jumlah besar hutang yang kami warisi; kelembapan ekonomi dan pelbagai masalah lain yang menyelubungi negara,” kata Baru, yang juga Menteri Kerja Raya, dalam perutusan Hari Easter beliau hari ini.

Beliau turut berharap rakyat akan terus mendoakan kerajaan PH agar sentiasa diberi kebijaksanaan dan kekuatan dalam menyelesaikan masalah yang melanda negara.

Penganut Kristian di Sarawak dan seluruh dunia menyambut Hari Easter esok. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!