Manchester City tak miliki ramai pemain

Guardiola
Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mendakwa skuadnya memiliki jumlah pemain yang paling sedikit dalam Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan ke atas Aston Villa, menyaksikan The Citizens kini hanya tiga mata di belakang pendahulu Arsenal.

Gol ledakan Rodri, Ilkay Gundogan dan penalti Riyad Mahrez mengesahkan kemenangan 3-1 pada penghujung minggu ketika kelab itu didakwa atas lebih 100 kes dakwaan salah laku kewangan oleh Liga Perdana Inggeris.

Manchester City telah membelanjakan hampir dua bilion pound untuk pemain sejak Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan dari Abu Dhabi menjadi pemilik pada 2008 - memenangi enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada masa itu.

Skuad Guardiola sekarang bernilai 1.05 bilion euro melalui laman web transfermarkt dan pada Isnin, dia bermula dengan pemain England Kalvin Phillips dan Phil Foden serta penyerang Argentina, Julian Alvarez di bangku simpanan.

Namun pengendali Sepanyol itu mendakwa dia bekerja dengan skuad kurang daripada 20 pemain ketika kelab tersebut mengejar Arsenal dan cuba memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama.

"Kami hanya mempunyai 18, 19 pemain. Jumlah kami sangat, sangat kecil, mungkin yang terkecil dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini.

“Adalah penting kami tidak mengalami kecederaan, namun kami mempunyai metodologi yang luar biasa untuk latihan bagi menguruskan keletihan dan mengelak kecederaan.

"Kami mempunyai doktor dan fisio yang luar biasa dan semua orang. Saya berjuang untuk itu selama bertahun-tahun," kata Guardiola.

Manchester City akan menghadapi suruhanjaya bebas untuk menjawab 115 pertuduhan yang dibawa oleh Liga Perdana Inggeris, sejak 2009.

Jika didapati bersalah Manchester City, dalam senario terburuk berkemungkinan berdepan pemotongan mata atau diturunkan dengan Guardiola mengatakan kelab itu telah 'dikutuk' minggu ini.

Walaupun awan menyelubungi kelab itu, juara bertahan City berpeluang untuk menyingkirkan Arsenal dari tangga teratas liga apabila kedua-dua pasukan bertemu di London pada awal pagi Khamis.

"Arsenal mempunyai satu perlawanan dalam tangan. Kita akan lihat selepas semua perlawanan apabila Liga Perdana Inggeris tamat.

"Tetapi kami akan ke London untuk mencuba dan mendapatkan kemenangan. Apabila satu pasukan telah membuat 50 mata pada perlawanan pertama, ia adalah kerana mereka sangat bagus. Kami merapatkan jurang hari ini kerana prestasi daripada pasukan itu benar-benar bagus," kata Guardiola mengenai perebutan gelaran dengan skuad kendalian Mikel Arteta.


Keputusan Liga Perdana Inggeris


Manchester City 3-1 Aston Villa

Leeds United 0-2 Manchester United

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!