Mbappe mula ambil bahagian dalam latihan
KYLIAN Mbappe mengambil bahagian dalam latihan pada Ahad, meningkatkan harapan bahawa penyerang Paris St Germain (PSG) itu boleh bermain pada perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Rabu menentang Bayern Munich di Parc des Princes, Paris.
L'Equipe melaporkan tonggak Perancis itu mengambil bahagian dalam sesi kolektif walaupun dia tidak kekal bersama skuad tersebut sepanjang masa.
Mbappe mengalami kecederaan hamstring pada 1 Februari dan PSG berkata, dia akan diketepikan daripada beraksi selama tiga minggu.
Jurulatih Christophe Galtier pada Ahad berkata, dia tidka akan risiko dengan Mbappe menjelang aksi berdepan gergasi Bundesliga tersebut.
Untuk rekod, PSG berada dalam prestasi buruk baru-baru ini, tewas 1-3 di Monaco dalam Ligue 1 pada Ahad untuk kekalahan keempat tahun ini dalam semua pertandingan.
LIGA JUARA-JUARA
Pusingan 16
Perlawanan Pertama
RABU (15 FEBRUARI)
PSG lwn Bayern Munich, 4 pagi
AC Milan lwn Tottenham Hotspur, 4 pagi
KHAMIS (16 FEBRUARI)
Club Brugge lwn Benfica, 4 pagi
Borussia Dortmund lwn Chelsea, 4 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!