DBKL tutup empat premis pelacuran di Jalan Petaling

DBKL turut menahan sementara individu yang disyaki sebagai pelayan seks. -Foto DBKL
DBKL turut menahan sementara individu yang disyaki sebagai pelayan seks. -Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan menutup empat premis yang menjalankan sindiket pelacuran di sekitar Jalan Petaling.

Tindakan itu diambil menerusi operasi Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Pelacuran) Siri 1/2023 yang dijalankan anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKL pada Sabtu.

Menurut kenyataan DBKL, anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut menahan sementara 36 orang wanita warga negara asing terdiri daripada Indonesia (26), Bangladesh (5), India (2), Sri Langka (1), China (1) disyaki sebagai pelayan seks.

"Turut diperiksa 11 orang lelaki warga tempatan dan warga asing dipercayai sebagai pelanggan yang hadir ke premis semasa serbuan dijalankan," menurut DBKL dalam kenyataan itu di laman Facebooknya.

DBKL memaklumkan empat premis berkenaan dikenakan tindakan penutupan serta merta (sealed) di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan 4 notis kompaun dibawah UUK 3(1) UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 - Menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan tanpa kebenaran/lesen pihak DBKL.

"DBKL turut membuat tindakan memecahkan 54 buah sekatan bilik yang dibina tanpa kelulusan serta membuat tindakan sita terhadap 155 pelbagai barangan dan peralatan bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral termasuk kondom, gel pellincir, tisu basah, monitor, cctv dan lain-lain.

"Barangan yang disita, dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Kuala Lumpur untuk didokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis," kata kenyataan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!