Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Agong tiada niat campur, catur landskap politik negara

13 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Agong tiada niat campur, catur landskap politik negara

BERITA SEMASA 13 FEBRUARI 2023

Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, tidak berniat untuk mencampuri urusan politik negara apatah lagi untuk mengatur percaturan landskap politik tanah air.

Pada pengamatan Seri Paduka, jika episod yang membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7 tidak berlaku, nescaya rantaian kemelut politik yang berlarutan sehingga PRU15 juga akan dapat dielakkan.

Al Sultan Abdullah bertitah, kemelut politik yang membelenggu negara hampir 4 tahun lamanya boleh dielakkan sekiranya Ahli Parlimen dan ahli politik bersedia untuk mengenepikan perbezaan dan bersatu padu semata-mata atas dasar untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Artikel: https://bit.ly/3YsGkXu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com