Debaran aksi Bayern menentang PSG

Nagelsmann - Foto Agensi
Nagelsmann - Foto Agensi
A
A
A

DEBARAN Bayern Munich menjelang perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi Rabu, biarpun beraksi cemerlang dalam kancah domestik.

Meskipun membenam Bochum 3-0 Sabtu lalu dan memimpin Bundesliga, namun Julian Nagelsmann masih belum berpuas hati dengan prestasi anak buahnya.

Nagelsmann juga sedar tewas dalam saingan kalah mati tersebut akan membuatkan mereka gagal walaupun tampil padu dalam saingan tempatan.

“Jika bermain seperti itu pada Selasa (awal pagi Rabu), kami tidak akan pergi jauh (dalam Liga Juara-Juara).

“Tidak banyak pergerakan,” kata pengendali berusia 35 tahun itu.

Bayern yang sudah mengutip 43 mata mendahului Union Berlin cuma dengan perbezaan satu mata.

Nagelsmann turut mengingatkan kesebelasan utamanya pada Sabtu lalu bahawa mereka hanya 'lebih baik selepas minit ke-60' apabila pemain simpanan membawa momentum lebih segar.

“Ketika itu barulah kami mendapat keputusan (jaringan). Kami perlu meningkatkan prestasi sebelum Selasa.

“Realiti sebagai kelab super menyebabkan kejayaan domestik dipandang remeh oleh Nagelsmann – sama seperti rakan sejawatannya di PSG, Christophe Galtier,” katanya.

Ramai pengurus lain dipecat dari Bayern kerana gagal melakukannya.

Niko Kovac dilepas setahun selepas menang berganda dalam liga dan masih beraksi dalam Liga Juara-Juara – Bayern akhirnya merangkul trofi berkenaan setahun kemudian di bawah Hansi Flick.

Malah nama besar di Eropah, Carlo Ancelotti juga dipecat Bayern selepas kelab itu kalah 0-3 di PSG dalam saingan peringkat kumpulan pada 2017.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!