Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

PASARAN getah Malaysia ditutup tinggi pada Isnin dalam keadaan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan mengenai peningkatan kadar faedah seterusnya oleh Rizab Persekutuan AS yang menjejaskan sentimen, menurut seorang peniaga.

Beliau berkata, bagaimanapun minat belian diperkukuh oleh jangkaan lonjakan jualan kereta di China pada tahun ini, diterajui oleh kenderaan elektrik.

"Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dikekang oleh prestasi lemah pasaran niaga hadapan getah serantau dan kemerosotan harga minyak mentah. Pengendali pasaran turut memantau bacaan inflasi utama AS yang dijangka esok sebagai petunjuk mengenai dasar monetari,” kata peniaga.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 2.0 sen kepada 589.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik setengah sen kepada 534.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada 585.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 533.5 sen sekilogram. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!