Tottenham terpaksa lupa kudrat Bentancur
PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur akan terlepas baki musim ini selepas mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) di lutut kirinya, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Isnin.
Bentancur terpaksa dibawa keluar pada separuh masa kedua ketika kekalahan 1-4 kepada Leicester City semasa aksi liga di Stadium King Power pada Sabtu.
Pada perlawanan itu Bentancur menjaringkan gol tunggal pasukan pelawat pada minit ke-14.
“Dia akan menjalani pembedahan sebelum memulakan pemulihan bersama kakitangan perubatan kami.
“Kami semua berada di belakang anda, Rodrigo,” kata Spurs dalam satu kenyataan.
Kecederaan Bentancur menyebabkan Spurs kekurangan pemain di bahagian tengah, dengan Yves Bissouma turut berdepan masalah diketepikan selepas menjalani pembedahan pada buku lali kirinya.
Spurs kini berada di tempat kelima dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 39 mata hasil 23 perlawanan.
Mereka seterusnya menentang AC Milan dalam Liga Juara-Juara di San Siro pada Rabu, sebelum melayan kunjungan West Ham United dalam pertembungan liga, Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!