Gempa bumi Turkiye: Ramai mangsa tersepit runtuhan masih hidup

Usaha menyelamat yang memasuki hari ketujuh menyaksikan terdapat ramai lagi mangsa hidup berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan. - Foto Xinhua
Usaha menyelamat yang memasuki hari ketujuh menyaksikan terdapat ramai lagi mangsa hidup berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan. - Foto Xinhua
A
A
A

HATAY - Usaha menyelamat yang memasuki hari ketujuh menyaksikan terdapat ramai lagi mangsa hidup berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye, awal pagi Isnin lalu.

Mangsa terbaharu, seorang lelaki berusia 34 tahun dikenali Tolga Fakioglu berjaya diselamatkan di Defne, wilayah Hatay selepas tersepit di bawah runtuhan selama 155 jam sejak gempa pertama berlaku.

Rukiye, seorang wanita berusia 21 tahun juga berjaya ditarik keluar daripada serpihan runtuhan di Adiyaman hasil usaha anggota penyelamat selepas tersepit selama 153 jam.

Seorang lelaki kurang upaya, Huseyin Seferog, salah seorang berjaya dibawa keluar daripada runtuhan bangunan di Antakya di Hatay selepas terperangkap152 jam.

Presiden El Salvador, Nayib Bukele berkata, menerusi ciapan Twitter bahawa pasukan dari negaranya berjaya menyelamatkan seorang wanita dan anaknya selepas 150 jam gempa bumi berlaku.

Katanya, kanak-kanak berusia lima tahun dan wanita berusia 30 tahun berjaya diselamatkan di wilayah Kahramanmaras.. - Agensi

Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!