Calon bebas pilihan raya India tidak serik meski tewas 24 kali

Calon bebas pilihan raya India Vijayprakash Kondekar telah bertanding dan tewas sebanyak 24 kali sebelum ini. - FOTO OMKAR KHANDEKAR
Calon bebas pilihan raya India Vijayprakash Kondekar telah bertanding dan tewas sebanyak 24 kali sebelum ini. - FOTO OMKAR KHANDEKAR
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. Sepertimana pilihan raya lain di dunia, pilihan raya di India turut menampilkan calon bebas yang berhasrat memenangi kerusi yang ditandingi.

Antara calon bebas yang mendapat perhatian pada pilihan raya umum India yang dijalankan menerusi tujuh peringkat bermula 11 April lalu ialah Vijayprakash Kondekar.

Berasal dari Shivaji Nagar terletak di barat bandar Pune, apa yang istimewa tentang Kondekar adalah semangat tidak putus asa yang dimilikinya.

Lelaki berusia 73 tahun itu dilaporkan telah bertanding dan tewas dalam lebih 24 pilihan raya termasuk pilihan raya tempatan hinggalah pilihan raya Parlimen.

Kondekar sebelum ini berkhidmat dalam sektor awam di Maharashtra namun kini dia berkempen di sekitar bandar Pune demi meraih undi bagi dirinya yang bertanding menggunakan lambang kasut.

Kondekar yang bertanding bagi merebut kerusi Parlimen dalam peringkat ketiga pilihan raya umum yang akan berlangsung pada 23 April ini berjanji akan memberi setiap warga India wang tunai 17,000 rupee (RM1,012) sekiranya berjaya menjadi perdana menteri.

Pada pilihan raya umum 2014, hanya tiga dari 3,000 calon bebas yang bertanding berjaya memperoleh kemenangan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!