Operasi SAR lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pisang diperluas

Seorang lelaki sempat berpaut pada tebing sementara rakannya dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Pisang di sini dalam kejadian lewat petang Ahad.
Seorang lelaki sempat berpaut pada tebing sementara rakannya dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Pisang di sini dalam kejadian lewat petang Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Pisang, Batu 12, Gombak, di sini, Ahad lepas, kini diperluaskan kepada radius lapan kilometer.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, bomba kini memfokuskan pencarian ke tempat takungan air berkumpul dari lokasi kejadian.

"Operasi SAR hari ini bagi mencari mangsa disertai 15 anggota bomba dan bermula pada 8 pagi tadi, kami mengharapkan agar mangsa segera ditemukan,” katanya kepada Bernama pada Selasa.

Ahad lepas, seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak di sini, manakala rakannya terselamat.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati laluan orang awam ke Sungai Pisang untuk beriadah ditutup dan dikawal ketat pihak polis, susulan operasi SAR berkenaan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!