Kuih Asap Kelong

A
A
A

Pengusaha kuih bakar, Nor Azilah Ali, 40, (kiri) bersama pekerjanya Raja Nurul Wahida Raja Ramli, 37, melakukan kerja-kerja membakar kuih seperti akok, baker nyor dan bahulu untuk dijual kepada pelanggannya semasa ditemui di gerainya di Kampung Padang Tengir, Manir.

Tidak mahu generasi kuih bakar atau lebih dikenali 'kuih asap kelong' oleh penduduk setempat yang diusahakan ibu saudaranya Zainab Ismail, 74, sejak lebih 25 tahun itu 'lenyap', ibu kepada tiga cahaya mata itu tekad meneruskan legasi itu sejak tujuh tahun lepas.

Bagi masyarakat Pantai Timur, 'asap kelong' bermaksud asap yang terlalu banyak semasa menyediakan kuih tradisional seperti akok, baker nyor dan kuih bakar kerana proses pembakarannya menggunakan kayu, sabut dan tempurung kelapa bagi memastikan kuih tersebut dibakar dengan sempurna dalam acuan tembaga.

Nor Azilah yang turut bekerja di sebuah pasaraya sebelum ini berkata faktor umur ibu saudaranya dan permintaan tinggi daripada pelanggan mendorongnya untuk menceburi perniagaan yang kini menjadi sumber pendapatan utama keluarganya.

Meskipun tidak memiliki kepakaran dan ilmu seperti ibu saudaranya beliau mengambil keputusan untuk mempelajarinya dalam tempoh singkat selain melakukan pelbagai penambah baikan serta inovasi ke atas kuih-muih yang dihasilkannya, mengikut kehendak pelanggan seperti mengurangkan rasa manis.

Selain itu Nor Azilah berkata semangat tinggi serta kekuatan mental dan fizikal juga diperlukan untuknya berkecimpung dalam bidang ini kerana terpaksa 'bermain' dengan api dan asap dalam tempoh empat hingga lima jam semasa menyediakan kuih muih yang lazat itu.

Berikutan itu mereka juga perlu memakaikan alat 'particulate respirators' dan 'goggle' bagi melindungi mereka daripada habuk serta asap semasa menyediakan kuih tersebut.

Beliau yang dibantu seorang pekerja Raja Nurul Wahida Raja Ramli, 37, untuk proses membakar kuih dan adiknya Nor Azura, 36, untuk menyediakan kuih bakar dalam ketuhar serta suami Mohd Nurdin Muhammad, 45, yang bertanggungjawab untuk menyediakan peralatan, kayu dan menjual kuih muih kerana tidak menang tangan bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan, terutamanya musim cuti sekolah.

Beliau berharap agar kuih bakar yang dihasilkannya itu dapat menembusi pasaran tempatan dengan kaedah pembungkusan tahan lama bagi memudahkan pelanggan dalam dan luar negara merasai resepi tradisional turun-temurun itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Perayaan

No Image Caption
GALERI

Pulang Bercuti

No Image Caption
GALERI

Koleksi Kupu-kupu

No Image Caption
GALERI

Runtuhan tebing Sungai Kelantan