Pemain Ukraine 'mati hidup semula'

Danchenko rebah ketika menjalani latihan bersama Zorya Luhansk di Turkiye. - Foto Agensi
Danchenko rebah ketika menjalani latihan bersama Zorya Luhansk di Turkiye. - Foto Agensi
A
A
A

IBARAT mati hidup semula apabila pertahanan Ukraine, Oleh Danchenko selepas rebah ketika sesi latihan bersama kelabnya dipercayai akibat serangan jantung pada Ahad.

Danchenko yang dipinjamkan ke Zorya Luhansk dari AEK Athens berada di kem latihan di Turkiye ketika insiden mencemaskan itu berlaku, lapor media Greece Skai.

Pemain berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan selepas mendapat bantuan pantas daripada petugas perubatan pasukan yang menggunakan defibrilator.

Ketika proses bantuan awal dilakukan situasi bertukar panik apabila ia tidak berhasil kerana pemain itu terbaring tanpa denyutan nadi.

Bagaimanapun akhirnya Danchenko 'kembali bernafas' dan dibawa ke pusat perubatan dengan ambulans.

Kenyataan kelab dari Shakhtar di media sosial berkata;

“Kami berdoa Oleh (Danchenko) segera sembuh.

“Bekas pemain Shakhtar mengalami kematian klinikal di kem latihan di Turki, kekal kuat dan kami bersama anda.”

Rakan dan keluarga masih menunggu maklumat lanjut daripada doktor mengenai keadaan pemain itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!